Petikan saya hari ini...

"Orang yang berjaya harus PEKA dan juga PEKAK."

Tentang Alumni MPR 1 di blog NISAH HARON

Friday, October 30, 2009

Jualan Buku Murah

JUALAN penghabisan stok buku dengan judul-judul yang bermutu akan menemui peminat pada 2 hingga 13 November ini. Harga serendah RM1 hingga RM10 untuk setiap judul pasti memberi pengalaman memuaskan kepada ulat buku.
Sesi jualan ini bermula seawal pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Jualan pada kali ini menyediakan hampir 200 judul buku yang menarik dan berkualiti dengan harga terendah.
Berkunjunglah ke premis Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, di alamat No. 1 & 3, Jalan 3/91A, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur. Jualan akan bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 6 petang. ( Hari berkerja sahaja ).
Sebagai hadiah galakan untuk pembeli yang berbelanja RM50 ke atas akan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak syarikat.

Jualan seumpama ini dijangka akan menarik minat pihak sekolah, pemborong dan peruncit buku untuk membeli secara pukal. Selain pembelian tunai pengunjung juga boleh membuat pembelian secara kad kredit untuk pembelian bernilai RM50.00 ke atas.
Sebarang pertanyaan berkaitan jualan ini, boleh dikemukakan dengan menghubungi pejabat UP&D di talian 03-92856577 atau faksimilis 03-92874645.
* Harga RM1 hingga RM10 untuk judul-judul terpilih. Manakala gambar buku yang dipaparkan sekadar hiasan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

5 komentar:

Snuze said...

Alangkah sayang kerana jualan hanya pada hari bekerja. Semoga berlangsung dengan jayanya.

Jualan gudang buku seperti Big Bad Wolf, Times dan MPH, walaupun hanya untuk kurang dari satu minggu, tapi agak berkesan kerana berlangsung sehingga hujung minggu. Malang sekalilah bagi mereka seperti kami yang berminat tetapi bertugas terlalu jauh dari Cheras yang tidak dapat turut serta.

Apa nak buat.

NorziatiMR said...

Teruja mendengar hebahan ini. Terima kasih diatas makluman

Khar said...

Insya-Allah saya cuba datang.

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Wajib pergi...terima kasih memberitahu...

Anonymous said...

Sdr RMN, sesekali rasa gembira kerana dapat beli buku murah. sesekali terdetik di hati, apakah sekarang ini kita kekurangan pembeli sehingga memaksa penerbit menjual buku dengan harga yang murah?

Salam Muhibbah

My Photo
Rozlan Mohamed Noor (RMN)
BMC, Selangor, Malaysia
Rozlan Mohamed Noor (Juga dikenal sebagai DAFINKA) , Editor UP&D (juga TINTARONA), berkelulusan Universiti Malaya dalam bidang Penerbitan. Kini menetap di pinggir Kuala Lumpur. Meminati bidang penulisan / kesenian/ kewartawanan / penerbitan buku. -- selamat berkongsi idea. Talian khas HOTBLOG +6017-3476553
View my complete profile

Mencari Sesuatu Di Sini...

Loading...

Kebenaran & Penafian

Tiada sebarang copyright eksklusif terhadap apa-apa bahan oleh saya sendiri di dalam laman blog ini. Mana-mana pihak yang ingin memetik dibenarkan berbuat demikian asalkan MENCATAT SUMBER DARIPADA http://www.celikhuruf.blogspot.com/ . Laman blog ini bersifat peribadi dan tidak sekali-kali bermotifkan keuntungan baik kepada diri sendiri mahupun mana-mana organisasi berkaitan dengan pemilik blog.