WALAUPUN memang sedia maklum, saya selalu mahu juga berkata rupa-rupanya manusia itu ramai dan 'hidup' sepanjang masa. Maka ketika kita sebenarnya sedang lena tidur atau dalam dunia kita sendiri-sendiri ber'facebook' atau ber'blog', di luar sana manusia seperti ulat mengeluti resam alam.
Hampir jam satu pagi saya ke KL-Downtown di Jalan Yaakob Latif, Cheras berdekatan Bandar Tun Razak. Memang niatnya ada sesuatu yang mahu dicari. Dan lebih dua jam saya bersama sahabat-sahabat meninjau-ninjau gelagat manusia lalu akhirnya yang mahu dicari tidak terbeli.
Sebaliknya saya termakan pujukan untuk mencuba khidmat urutan kaki. Pada mulanya sekadar mahu menemankan kawan lalu akhirnya terdorong juga. Sebetulnya saya tidak biasa diurut kaki sedemikian. Memang sakit, sambil saya cuba mengalihkan sakit itu pada siulan lagu 'arwah' Micheal Jackson pun tidak berhasil.
Kata si tukang urut, yang sakit itu kerana angin. 'Ahh.. bila masa pula aku ada makan kipas angin ataupun penghawa dingin!' saya jawab dalam hati.
Yang pasti, untuk sepasang kaki ini RM20.00 bertukar tangan. Terima kasih kepada kawan yang membelanja. Sambil meneman sambil kena urut juga. Rasanya cukuplah yang sekali ini. Baik lagi berjalan memijak batu di taman permainan di sekitar kejiranan. Kalau sakit, pandai-pandailah sendiri.





16 komentar:
Assalamu'alaikum,
Sekurang-kurang saudara telah memperoleh satu pengalaman baru untuk dimasukkan ke dalam kotak memori.
hehe takmau dah urut kaki...sakit boleh tahan lagi... geli tu yg tak tahan. tukang urut boleh di tendang tanpa sengaja...huhuhu
Wardah - rugi lah juga kalau tak kutip semua pengalaman dunia.
IRA - Aku cuba bayangkan tukang urut tu yang terlentang kena tendang. Hahahaa
kaki dah kena urut, makin panjanglah langkahnya..haha..
Monei...
Dik Monei - bijak-bijak...
seronok juga diurut-urut sambil berbual-bual dikerusi malas.
Pok Li - tapi tak tahu kenapa, urut yang ini sakit sungguh. Sama ada aku yg tak tahan, atau si tukang itu yang tak kena skill nya. Tak mampu nak bermalas2 di kerusi malas.
elok juga pekena urut tapak kaki ini sekali sekala..
katanya dapat mengurangkan stress dan membetulkan urat2 yg tidak berapa nak betul itu..
tapi kalau diamalkan selalu, hmm boleh ketagih!
huhhu
Kalau fikiran rasa tak berapa betul boleh urut tak?
pernah cuba gigitan manja si ikan tak?..pengalaman yg berbeza...gunakan alam utk 'win win situation'..
tertarik dgn petikan tn hari ini..mmg realiti cam tu..pendapat blog Mujahadah tu pun mmg byk buka minda...JAKIM tu buat undang2 kononnya dan legendanya (bkn agenda)utk selamatkan keadaan.. tp selalunya menyebabkan org berfikir dan merasa sebaliknya..(bkn nak mengata hanya mencerita hal.. tambah dr org daif macam saya )
Mujur tidak bertembung di sana. Sebaik sahaja masuk ke plaza tol Sungai Besi, terus tukar arah ke Titiwangsa. Duduk di tepi tasik satu dua jam.
:-)
eh meriah pulak komen tentang urut mengurut ni. iya ke tak biasa... hahah
Tahu saja tempat meriahnya yer? huhuhu... Tuan, biasa2kan diri. Mengurut tak sama dengan mengurat tau. hahahaaa
Post a Comment