MARI sama-sama kita membuat tafsiran. Sudah lama sebenarnya saya temui papan tanda perniagaan ini. Setiap hari melalui jalan yang sama mahu ke pejabat, menggamit keinginan untuk saya rakam dan berkongsi dengan sahabat bloggers. Lihat yang di bahagian atas yang bertulis 'Kelinik Menunsuk Jarum Kecederaan'. >>Jadi, pada pandangan sahabat semua, apakah maksud di sebalik papan tanda perniagaan ini. Kalau yang boleh berbahasa Mandarin tolong terjemahkan. Saya kira ini tentu pusat rawatan tradisional Cina dengan kaedah akupuntur. Saya kira.
Kemudian, lihat pula gambar yang di bawah ini. Yang ini saya kira amat bersahaja dan 'sempoi'. Hahaha... inilah yang dikatakan sebagai mengeja mengikut bunyi. Di kawasan Jalan Chan Sow Lin - Sungai Besi - Sehingga lah ke Jalan Cheras, saya buat kira-kira sendiri rupanya banyak papan tanda yang boleh mengundang senyum ketika memandu.

Mungkin kerana jalan-jalan ini ada ketikanya bergelut dengan kesesakan yang amat, jadi itu mungkin salah satu cara untuk meredakan ketegangan fikiran. Setuju?
Tulisan mungkin terlalu kecil pula di dalam gambar ini. Saya perturunkan ; 'PENIAGA BARANG BARANG SEKENHEND'
p/s : Selamat mentafsir. Jangan mentafsir yang betul menjadi salah.





11 komentar:
Assalamua'alaikum Tuan,
Memang mengundang lucu tapi dalam masa yang sama terdetik juga rasa kecewa apabila masih wujud kesalahan bahasa seperti itu walaupun bahasa Melayu telah lama dikenali dan bertapak di Tanah Melayu, Malaysia ini.
Huhu
Mungkin itu menjadi seri yang menyulam rasa suka dan sinis dalam masyarakat. Sekurang-kurangnya bangsa lain ada juga la usaha mahu ber'melayu' dgn bahasa. hehehe
Adik RMN,
Sudah tiba masanya, satu akta digubal untuk membendung kesalahan bahasa yang serius seperti ini. Sepatutnya setiap papantanda perlu diajukan untuk kelulusan oleh pihak PBT sebelum diberi lesen untuk pemasangan. Pihak PBT perlu merujuk kepada DBP (jika tiada pakar bahasa dalaman) untuk kesesuaian tatabahasa yang digunakan. Malang, bila kini pihak PBT hanya mengutip duit lesen tahunan untuk papantanda perniagaan tanpa memerhatikan apa yang tertulis di papantanda tersebut.
Kata sesetengah orang, duit lebih penting daripada bahasa...
bahasa hanya bahan komunikasi, janji faham dan masing-masing mengerti sudah mencukupi untuk berurus niaga!
Tetapi kalau tidak pandai mengira, tidak pandai mengenal warna duit atau angka di not-not ringgit, mampu menjadikan seseorang itu merana. Ada pula percaya merana di dunia dan alam barzakh..
hmm ...?!
di Indoensia dulu kata orang hospital bersalin ditulis rumah sakit korban lelaki. hehe
sekarang entahlah. nak kena pi tengok ogos ni..
di Indoensia dulu kata orang hospital bersalin ditulis rumah sakit korban lelaki. hehe
sekarang entahlah. nak kena pi tengok ogos ni..
Bagi mereka yang pakar bahasa atau cinta bahasa, hal ini memang akan mengundang tafsiran tetapi tidak melegakan fikiran.
Saya juga, kadang kelakar melihat hal-hal begini dan kadang terasa geram.
PPB - Mendambakan pantai yg bersih semata tidak sesegar mata diganggu kesalahan bahasa. Betul kan?
Maza - Berkomunikasi dengan duti saja pun boleh. Ah Long ada bahasa khas untuk komunikasi dengan wang.
Tuan Saleeh - Ini ada unsur menggiat. Juga meracun! hehehe...
Bayan - Kalau2 tersua yang lucu dan menggeletek, jgn dibiarkan sahaja lensa merenung. Rakamkan untuk dikongsi ... ya!
Adik RMN,
Saya kerap ke Pantai Bersih, Butterworth, maka saya namakan diri saya Pencinta Pantai Bersih. Namun, dari remaja lagi, saya seorang pencinta sastera bahasa Melayu walaupun saya lama berada di USA dan berkecimpung dalam bidang teknikal.
Bila melihat kesalahan bahasa sebegini, hati saya jadi panas, bukan mata jadi segar! Kenapa DBP tak proaktif? Kenapa biarkan sahaja bahasa kita dihina sebegini, jadi bahan ketawa? Berapa lama lagi kita patut berlembut?
Cukuplah 52 tahun kita berpondan, sudah tiba masanya kita jadi jantan! (walaupun saya seorang perempuan)
Letakkan Bahasa Melayu di tempat sepatutnya sebagai bahasa kebangsaan.
Sudah ada yang kena kasi kot? hehehe
Post a Comment