Petikan saya hari ini...

"Diskaun serendah itu agak memalukan industri kita kerana membeli buku sebagai orang awam sahaja pun kita layak mendapat diskaun lebih tinggi dari itu..."

- Keluhan pemain industri buku di KakiSakat

Friday, July 3, 2009

Mengekonomiskan Kata

ANTARA menulis banyak dengan menulis sedikit samalah juga antara bercakap banyak dengan bercakap sedikit. Bukan senang tau!

Menulis sedikit pada saya lebih sukar berbanding menulis banyak. Apatah lagi untuk menyampaikan maksud kata yang berjeda. Keinginan mengekonomiskan penggunaan kata menjadikan maksud kadang-kadang tergantung pada galang keliru.

Tetapi saya mencuba juga. Menanggapnya terapi minda. Sewaktu pulang dari bertugas di luar daerah di Negeri Sembilan baru-baru ini, saya dirugutkan oleh 'hutan belukar' yang meraja di laman belakang rumah. Dalam banyak kata yang bergentanyangan ke udara, saya titipkan jawapan pada sekeping kertas. Sependek mungkin!

Antara serai dan tebu
lalang meraja di laman
tidak saat dan tika ini
waktu yang cemburu
mengirim sorot mata
ke laman belakang
dan hanya mampu
menanti tiba waktu


* Sehingga catatan ini termuat, 'hutan' itu masih tak terusik.

15 komentar:

wardah munirah said...

Assalamu'alaikum,
jangan sampai 'hutan belukar' itu membahayakan keselamatan dan kseihatan sudahlah Saudara Rozlan.

Faizal said...

Mantap jawapan Tuan Rozlan :-)

saleeh rahamad said...

jangan lupa...ada hutan yang perlu sentiasa dipantau

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Wardah - bimbang juga. Takut ada koloni baru di situ.

Faizal - kadang2 ckp bnyak tak guna juga!

Tuan Saleeh - hutan dara ke?

SIS said...

salam tn...kalau 'dan hanya mampu menanti tiba waktu'...rasanya lambatla lg nak ketemu waktu tu..meraja lah habitat yang ada disitu...org yg diam mmg susah nak berkata2..dan orang yang suka berkata2 mmg susah nak diam...betul la kata tn bukan senang..

maza said...

apa lagi ujung minggu ni kan ada..

ko tebaskan ajelah.. sebelum lalang menjolong mata!

huhu

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

SIS - tafsiran yang benar... berseni juga. hehehe. Amat takut bila si diam bersuara...kan?

maza - ko free tak ujung minggu nih. hehehe

SIS said...

barulah wujud simpulan.. 'diam2 ubi berisi'..kan..kan..kan..

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Diam2 handphone, silent mode! boleh juga merancang helah dlm SMS. hahahahaa

SIS said...

maknanya 'diam' pun berkata2 la...hanya dlm genre yg berbeza...jgn disangka diam air dasarnya tidak berkocak ...jgn disangka air tenang tiada buayanya...buaya tembaga plak tu..

rasanya cam dah terkeluar topik 'mengekonomiskan kata' je..

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Hahahahaa.. bagusnya sahabat2 blogger saya, pandai membawa diri masing2. Tak perlukan moderator untuk memandu perbincangan. Gelincir...masuk sendiri! hehehe

Tentang buaya, teringat lirik ini;

'Dalam sungai ada buaya ... Jangan lupa darat pun ada ..'

NorziatiMR said...

Jawapan yang ekonomis ni berbalas ke?

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Dengan lebih ekonomis jawabnya. Berjumlah ... kosong perkataan. hahaha... siapapun tak terfikir untuk berjimat sebegitu dalam 'berbelanja kata'.

SIS said...

nak serang buaya yang kat darat tu rasanya buku 'The Personality Compass' tu mmg sesuai sbg pelurunya...

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Ha'ah.. bagus juga buku itu. Amat berterima kasih kepada sahabat saya Azlee Shah Abas yg memperkenalkan.

Salam Muhibbah

My Photo
Rozlan Mohamed Noor (RMN)
BMC, Selangor, Malaysia
Rozlan Mohamed Noor (Juga dikenal sebagai DAFINKA) , Editor UP&D (juga TINTARONA), berkelulusan Universiti Malaya dalam bidang Penerbitan. Kini menetap di pinggir Kuala Lumpur. Meminati bidang penulisan / kesenian/ kewartawanan / penerbitan buku. -- selamat berkongsi idea. Talian khas HOTBLOG +6017-3476553
View my complete profile

Mencari Sesuatu Di Sini...

Loading...

Kebenaran & Penafian

Tiada sebarang copyright eksklusif terhadap apa-apa bahan oleh saya sendiri di dalam laman blog ini. Mana-mana pihak yang ingin memetik dibenarkan berbuat demikian asalkan MENCATAT SUMBER DARIPADA http://www.celikhuruf.blogspot.com/ . Laman blog ini bersifat peribadi dan tidak sekali-kali bermotifkan keuntungan baik kepada diri sendiri mahupun mana-mana organisasi berkaitan dengan pemilik blog.