Petikan saya hari ini...

"Diskaun serendah itu agak memalukan industri kita kerana membeli buku sebagai orang awam sahaja pun kita layak mendapat diskaun lebih tinggi dari itu..."

- Keluhan pemain industri buku di KakiSakat

Wednesday, July 8, 2009

Kembali Bertugas

EMPAT hari saya bercuti. Termasuk Sabtu dan Ahad sudah enam hari cuba mengasingkan diri dari rutin kerja. Bolehkah sesiapa percaya yang saya benar-benar melupakan segala apa yang sedang bertimbun di meja kerja saya?

Terasa seperti begini. Mengundang tafsiran bukan? >>

Oleh kerana baki cuti masih bersisa banyak untuk tahun ini, selepas ini saya akan mahu bercuti lagi. Pada ketika tuntutan tugas tidak mengepung jasad saya.

Juga rindu untuk berseronok-seronok dan 'berlupa diri' dengan kawan-kawan sesekali. Mengutip pengalaman yang di luar lingkungan. Untuk sisi-sisi yang lain yang menjadi komoditi dalam pengkaryaan juga. Saya kira...

Rakaman gambar ini semasa berwisata ke Tanjung Malim bersama kawan-kawan yang 'sesekali sengaja berlupa diri' >>




p/s: Mengharap deja vu dari seorang teman. Akan mengusulnya kemudian nanti...


8 komentar:

SIS said...

sesekali perlu beri penghargaan pada diri..setelah berpenat lelah barangkali...

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Asal jgn terus lupa diri. Ya?

wardah munirah said...

Assalamu'alaikum Saudara Rozlan,
Mengapa sehingga dimanggakan selipar jepun itu?

Nikmatilah cuti dengan kadar yang sebaik-baiknya dan hayati waktu kerja dengan kiraan terbaik yang mampu diusahakan.

wardah munirah said...
This post has been removed by the author.
wardah munirah said...
This post has been removed by the author.
SIS said...

betul tn..'sesekali melupa diri'..jgn dilupa anak bini..dan juga lupa pada tugas pada Pencipta..

maza said...

wwah! ko betul2 lupakan aku sekali ke Tg.Malim yea

huhuhu

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Wardah - Apabila saya sahaja yg bercuti dan sekadar berada di sekitar rumah / dalam kawasan, tentu begitu lah rasanya. Seperti selipar jepun yg dirantai. Hehehe

SIS - jangan buat pasal. Hahaha...

Maza - Hah!! ada berani jom, ride terjah Penang. Hahaha... Time ride ke Tg Malim tue ko ada misi dgn bini di bahau kot!?

Salam Muhibbah

My Photo
Rozlan Mohamed Noor (RMN)
BMC, Selangor, Malaysia
Rozlan Mohamed Noor (Juga dikenal sebagai DAFINKA) , Editor UP&D (juga TINTARONA), berkelulusan Universiti Malaya dalam bidang Penerbitan. Kini menetap di pinggir Kuala Lumpur. Meminati bidang penulisan / kesenian/ kewartawanan / penerbitan buku. -- selamat berkongsi idea. Talian khas HOTBLOG +6017-3476553
View my complete profile

Mencari Sesuatu Di Sini...

Loading...

Kebenaran & Penafian

Tiada sebarang copyright eksklusif terhadap apa-apa bahan oleh saya sendiri di dalam laman blog ini. Mana-mana pihak yang ingin memetik dibenarkan berbuat demikian asalkan MENCATAT SUMBER DARIPADA http://www.celikhuruf.blogspot.com/ . Laman blog ini bersifat peribadi dan tidak sekali-kali bermotifkan keuntungan baik kepada diri sendiri mahupun mana-mana organisasi berkaitan dengan pemilik blog.