Petikan saya hari ini...

"Diskaun serendah itu agak memalukan industri kita kerana membeli buku sebagai orang awam sahaja pun kita layak mendapat diskaun lebih tinggi dari itu..."

- Keluhan pemain industri buku di KakiSakat

Monday, July 13, 2009

Bukan yangTerbaik...

DALAM majlis Malam Anugerah Blogger Yoyooh.com ahad yang lepas pemenang dalam setiap kategori tidak diberi peluang untuk bercakap seperti mana Malam Grammy Award atau Anugerah Bintang Popular. Jadi, saya mahu menggunakan ruang sendiri ini untuk merakamkan beberapa ucapan yang saya kira perlu.

Pertama, saya tidak pernah mahu berbangga dengan anugerah yang telah dimenangi ini kerana saya fikir saya bukanlah yang terbaik. Malah, undian ini mungkin juga bukanlah wakil suara keseluruhan manusia yang berblog di muka bumi Tuhan ini. Jadi, bagi seluruh ahli Yoyooh.com yang mengundi saya ; terima kasih atas sokongan. Semoga kita akan selalu dapat berkongsi sesuatu. Idea dan pengetahuan. Pengalaman dan cerita, yang tentu saja boleh dikongsi manafaatnya.

Kedua, syabas dan tahniah kepada pengemudi laman yoyooh.com ( saya kira kumpulan anak muda yang gigih dan bercita-cita besar!). Saya percaya idea yang besar kadang-kadang datang dari pakej yang kecil. Untuk malam anugerah yang amat berjaya itu harus pujian diberikan sebaiknya. Majlis yang 'santai dan bersahaja' tetapi tetap terisi dan memberi kesan.
Ketiga, oleh kerana semua blogger sudah dapat melihat kecenderungan masing-masing dalam urusan berblog. Lalu tentulah mereka tahu kenapa mereka menang ( berjaya menambat hati ).
Jadi, adalah baik sekiranya kita sama-sama berusaha untuk mengekalkan ketekalan kita dalam menyampaikan apa sahaja perkongsian maklumat di blog kita.
Juga, blog kita bukan semata untuk dilihat dan dinilai oleh mata kita sendiri. Ramai orang akan memerhati. Selain tertakluk kepada peraturan dan undang-undang sedia ada, iman dan akal juga patut mengekang kita dari melencong dalam penulisan blog. Apa yang kita catatkan sebenarnya secara tersirat mencerminkan peribadi kita. Saya kira berbahasa, berkata dan menulis ... elok kiranya kita nilai dua kali sebelum dimuat naik.
Akhir sekali, saya ingin melahirkan rasa takut kerana saya semakin sedar bahawa blog CelikHuruf telah, sedang dan akan dikunjungi oleh lapisan pembaca yang pelbagai latar belakang. Untuk memenuhi selera pembaca, kehendak maklumat dan keperluan berkongsi tentu sahaja banyak yang akan terselisih. Tidak semua yang mahu saya kongsikan dapat dimanfaatkan oleh pembaca. Saya minta maaf akan hal itu.

(Gambar; antara hadiah dari penaja yang diperoleh pada malam anugerah. Terima kasih kepada penaja. Tahun ini tahun wangi saya agaknya. Paling banyak minyak wangi! >>)

Apa sahaja yang kelihatan seperti yang baik-baik itu, kongsilah sama-sama. Yang mana buruk dan busuk elok juga segera ditegur saya ini. Kadang-kadang saya amat jarang menyenggara 'brek pad' penulisan saya!



p/s: Semua orang kena bertanggungjawab terhadap apa yang ia tulis, kalau pun tidak di sini ... nantikan saja di sana!

10 komentar:

typeace said...

Tahniah Tahniah Tahniah.

Bahangnya tempias sehingga ke bumi anbiya. :)

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Tempias yang bagaiaman syafiq, dasyat juga tue yer. Ermm... syukur saja apa yang ada. Yang penting dapat berkongsi manfaat bersama. kan.

saleeh rahamad said...

ha dapat pun minyak wangi. taklah susah nak pilih lagi.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Yang dipilih dapat dah yeop! yang diberi ni ambil juga. Boleh tukar-tukar. Hahahaa... Masa muda ler nak berminyak wangi sikit, dah tua berminyak urut plak! hehehe

maza said...

huhuh

aku jeles!~

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Tahun depan aku calon ko, supaya ko tak jeles aku. Kemudian ko menang, belanja aku pergi ride jelajah Malaya... dua ketul kita jerk. Ada bran!?

bayan said...

Err..silap ejakah tulisan di plak itu? 'infomasi' seharusnya Informasi dan 'edutorial' seharusnya 'editorial' bukan?

Maaf jika saya silap.

Makanya, dalam berblog tiada lagi istilah main-main atau 'blog aku, suka hati aku lah'. Apa juga medium yang digunakan untuk menulis, harus ada tanggungjawab di situ.

Maaf jika menyinggung rasa.
Tahniah sekali lagi buat encik yang menginspirasi.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Mungkin juga cik bayan, tapi saya melihat faham Edutorial itu sebagai 'education' dan 'Editorial'... mungkin juga hasil gabungan keduanya. (kerana di yoyooh.com juga diulang yg itu).

Cik Bayan, saya mengalu-alukan 'singgungan' sebegini. Biar selalu kita disedarkan...sama2 menimba tahu dan faham. kan?

Nek Cun said...

RMN, tahniah... oleh kerana beberapa hari tiada di tanah air... hehehe... agak ketinggalan dari beberapa infomasi... Anyway, tahniah sekali algi dan teruskan dengan berblogging...

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

terima kasih nekcun. mari kita sama2 terus.

Salam Muhibbah

My Photo
Rozlan Mohamed Noor (RMN)
BMC, Selangor, Malaysia
Rozlan Mohamed Noor (Juga dikenal sebagai DAFINKA) , Editor UP&D (juga TINTARONA), berkelulusan Universiti Malaya dalam bidang Penerbitan. Kini menetap di pinggir Kuala Lumpur. Meminati bidang penulisan / kesenian/ kewartawanan / penerbitan buku. -- selamat berkongsi idea. Talian khas HOTBLOG +6017-3476553
View my complete profile

Mencari Sesuatu Di Sini...

Loading...

Kebenaran & Penafian

Tiada sebarang copyright eksklusif terhadap apa-apa bahan oleh saya sendiri di dalam laman blog ini. Mana-mana pihak yang ingin memetik dibenarkan berbuat demikian asalkan MENCATAT SUMBER DARIPADA http://www.celikhuruf.blogspot.com/ . Laman blog ini bersifat peribadi dan tidak sekali-kali bermotifkan keuntungan baik kepada diri sendiri mahupun mana-mana organisasi berkaitan dengan pemilik blog.