Petikan saya hari ini...

"Diskaun serendah itu agak memalukan industri kita kerana membeli buku sebagai orang awam sahaja pun kita layak mendapat diskaun lebih tinggi dari itu..."

- Keluhan pemain industri buku di KakiSakat

Wednesday, July 1, 2009

BERBEZA PANDANGAN

APAKAH menjadi masalah jika kita mempunyai pandangan yang berbeza tentang sesuatu perkara. Meskipun perkara ini menjadi suatu yang klise untuk didebatkan ; kerana orang selalu berkata TIDAK SALAH BERBEZA PANDANGAN.
(Apa jua sesi perkongsian idea dan pengalaman, juga berdepan dengan perbezaan pandangan. Bukankah itu suatu yang sihat. Hiasan gambar sesi bersama pelajar APM, Universiti Malaya beberapa tahun yang lalu. >>)

Namun, dalam sesetengah hal, bersedialah untuk tidak popular. Bersedia juga untuk dipinggirkan, diherdik dan dihenyak.

Dalam situasi si besar dengan si kecil misalnya tentu memperlihatkan penonjolan bila si kecil memberi pandangan yang berbeza. Tambahan sesi itu turut dibarisi si besar-besar. Dan, si besar kalau yang agak rasional akan berkata, TIDAK SALAH BERBEZA PANDANGAN. Tetapi, apakah kesudahan akan natijah si kecil di depan hari.

Sukar ya, mahu mencari kondisi di mana-mana semua pihak akan mahu menerima pandangan lalu dicerna dan dibawa berbincang (secara rasional dan profesional).

p/s: Syukur saya sedang berada dalam kalangan yang mempunyai ruang kondisi yang agak kondusif. Yang menebar ruang menghamparkan peluang 'berpandangan' dan pandang memandang.

11 komentar:

maza said...

hmm...

kekadang yg menjadi batu penghalang ialah perasaan ingin mempertahankan maruah masing2..atau org sekarang memanggilnya EGO.. huhuhu.. menyebabkan perbezaan darjat langsung membutakan hati...

SIS said...

salam tn..best kalau ada yang bangkang..bangkangan mengajar kita berfikir diluar kotak keselesaan... sesuatu yang mendapat bantahan selalunya lebih berharga jika dinilai dan dapat lebih perhatian..

Mohd Ali Atan said...
This post has been removed by the author.
Mohd Ali Atan said...

Berbeza menunjukkan kematangan berfikir. Namun adakah Sudut Sastera MM menerima rencana sastera reaksi ke atas rencana sastera Sisi Lain Tentang Sastera?

Zarif Hassan said...

Pengiktirafan pelbagai pandangan harus memang perlu. Namun perkara yang haqq harus ditegakkan. Jika pandangan yang diutarakan hanya semata-mata dipenuhi dengan nafsu. Itu agak merugikan.

Pergeseran idea itu akan berlaku cuma hujah dan kandungannya menjadi pokok menjernihkan kekeliruan dalam merungkaikan suatu permasalahan.

Mohd Ali Atan said...

Kebenaran ditegakkan atas hikmah kebijaksanaan. Ia tdk ditegakkan dgn kegopohan dan kemarahan.Yg menjadi masalahnya apabila kita mencipta sesuatu teori hatta sumbernya Al Haq namun apabila HANYA mengangkat karya sendiri sahaja menepati teori yang bersumber AL HAQ itu dan menidakkan sejumlah besar karya lain atau sengaja membutakan mata hatiterhadap bercambahnya karya eceran yang banyak unsur islam dan imannya maka itu suatu kemalangan yang disengajakan.

SATIRA + KACAU said...

Ha. Ha. Ha. Aku ketawa sahaja membaca entri kau yang ini. Aku dah lalu lama dah. Dan seronok tengok orang berlakon yang menulis macam hebat dan penuh beriltizam serta bertawaduk, tetapi bab praktiknya sesama manusia ha ha ha.

Jangan marah di pagi hari begini. Kau memang bijak. Dan sabar-sabar jer la.

Satira+Kacau

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

MAZA - Ada ker org nk ngaku dia ego. nak plak masa tgh hot mempertahankan keegoan itu!

SIS - Siapa kata best ada yang bangkang. Habis, kenapa ramai yg hot dgn pembangkang? hahaha

Tn. Md Ali Atan - Saya kira kalau berpaksikan kebenaran juuga hujah yang membina apa salahnya. Tentu ada ruang untuk diperkayakan lagi percambahan idea.

Zarif - Dunia skarang org pndai sembunyikan yang hodoh2 tentang nafsu. Menimbulkan yg indah2 tentang perilaku. Siapapun boleh terpengaruh. Malah ada kalangan yg suka bila dipengaruh!

Satira+Kacau - Kadang2 aku pun rasa mcm nak jadi pembela hantu macam kawan aku tu. Agak2 ada orang marah tak kalau begitu...

SIS said...

salam tn...cuba tn bayang tiada pembangkang!!!best ke???terutama senario politik!!!semua org setuju dgn apa yang dibuat oleh hantu2 tu!! best ke???kadang2 bila tiada pembangkang kita tak sedar sesuatu yang dianggap baik itu ada buruknya...sesungguhnya walau sesuatu itu bagi kita baik tapi tak semestinya baik disisiNYA..begitu juga sebaliknya..

Muhammad said...

An Invitation -
Yoyooh.com Blogger Awards Night

Salam
Anda telah dijemput ke Majlis yoyoo.com Awards Night .

Utk makluman lanjut sila ke

yoyooh.com.


Terima Kasih

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Muhamad - terima kasih kepada Muhamad dan seluruh krew member yoyooh.com,

Amat berbesar hati dgn jemputan tersebut. Akan cuba menghadirkan diri. INsya-Allah.

Salam Muhibbah

My Photo
Rozlan Mohamed Noor (RMN)
BMC, Selangor, Malaysia
Rozlan Mohamed Noor (Juga dikenal sebagai DAFINKA) , Editor UP&D (juga TINTARONA), berkelulusan Universiti Malaya dalam bidang Penerbitan. Kini menetap di pinggir Kuala Lumpur. Meminati bidang penulisan / kesenian/ kewartawanan / penerbitan buku. -- selamat berkongsi idea. Talian khas HOTBLOG +6017-3476553
View my complete profile

Mencari Sesuatu Di Sini...

Loading...

Kebenaran & Penafian

Tiada sebarang copyright eksklusif terhadap apa-apa bahan oleh saya sendiri di dalam laman blog ini. Mana-mana pihak yang ingin memetik dibenarkan berbuat demikian asalkan MENCATAT SUMBER DARIPADA http://www.celikhuruf.blogspot.com/ . Laman blog ini bersifat peribadi dan tidak sekali-kali bermotifkan keuntungan baik kepada diri sendiri mahupun mana-mana organisasi berkaitan dengan pemilik blog.