Petikan saya hari ini...

"Diskaun serendah itu agak memalukan industri kita kerana membeli buku sebagai orang awam sahaja pun kita layak mendapat diskaun lebih tinggi dari itu..."

- Keluhan pemain industri buku di KakiSakat

Sunday, July 12, 2009

Anugerah Blogger Yoyooh.com

MALAM tadi berlangsung Malam Anugerah Blogger Yoyooh.com juga bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang pertama. Majlis yang berlangsung di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa itu menggamit keterujaan dalam sari majlis yang santai dan bersahaja namun meriah.

Sebanyak 10 kategori dipertandingkan dalam anugerah tersebut yang disaring dan dibuat undian online sejak awal tahun yang lalu.
Saya meskipun tidak seaktif mana dalam komuniti anak muda yang positif ini, amat terkesan juga apabila turut tercalon dalam salah satu kategori. Terima kasih kepada ahli Yoyooh.com yang mencalonkan blog CelikHuruf ini.

Lebih menguja apabila blog CelikHuruf turut diangkat untuk mengungguli kategori Blog Infomasi/Edutorial Terbaik. Pada malam yang tidak disangka itu, saya hadir bersendiri tanpa sekelumit harapan untuk menggondol sebarang anugerah. Kerana yang lebih menguja saya ialah usaha anak muda ini yang begitu positif dalam membangunkan sebuah komuniti maya yang hebat!

Untuk pemenang dalam kategori ini, saya menerima trofi dan beberapa barangan penaja (serta ucapan tahniah!) dari beberapa blogger yang mungkin pertama kali saya kenali pada malam itu. Terima kasih kepada DiGi, Astro, Clinique, dan Tayangan Unggul. Juga saya lihat ada satu baucar agensi pelancongan (wah! lepas ni boleh tempah flight!).

(Pemenang Utama Anugerah Blogger yoyooh.com jatuh kepada http://redmummy.com >>)

Malam tadi turut kami dihiburkan dengan persembahan artis hasil realiti TV, Diddy dan persembahan blogger yang berbakat. Serta, sekali lagi saya berpeluang mendengar puisi yang disampaikan oleh Pyan Habib. Kali ini beliau melontarkan 'Seluar Dalam' kepada audiens dan bait-bait yang 'dalam' itu saya kira tidak ramai yang mampu 'menangkap' maksud yang dilontarkan beliau!

Pada malam yang sama selain Anugerah Blogger, pemenang bagi The Blog Squad turut diumumkan semalam. Sekitar lebih 100 hadir dalam majlis tersebut. Keputusan penuh untuk anugerah ini dapat di lihat DI SINI. Juga lihat siapakah di sebalik tenaga penggerak komuniti maya ini DI SINI.

Majlis yang mendapat liputan Astro Awani ini turut ditaja oleh DiGi, Astro, Clinique, dan Tayangan Unggul.
Terima kasih kepada pengendali laman Yoyooh.com dan team yang telah menunjukkan komitmen dan hasrat yang besar terhadap komuniti ini. Saya percaya banyak mata di luar sana sedang memerhatikan anda. Syabas dan tahniah! Saya juga sedang memerhati...
p/s: Saya akan memuat naik catatan susulan tentang ini berserta gambar-gambarnya. Owh, photographer upahan tak dapat turun semalam, jadi kenalah 'curi' gambar itu di mana-mana.

12 komentar:

wénkt said...

thanks

& tahniah!

Syazwan Zanini
Founder.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Terima kasih dan syabas sdra syazwan. Teruskan usaha sdra, dan team yoyooh.com . Tentu ada kejayaan lebih besar di depan hari. saya percaya!

bayan said...

Wahh..bagusnya acara ini. Tahniah untuk encik juga. Semoga sedikit sebanyak, lelah terubat.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Tapi, 'fotografer upahan' tak muncul!! huhuhu.. detik tak terakam mcm tak bermakna plak!

Terima kasih, dan kalau boleh tegur2 selalu. takut tergelincir jugak! hahaha

PenulisBebas said...

Tahniah CELIK HURUF
Semoga blog anda menjadi inspirasi Bloggers di Malaysia!!! :)

***********************************
Jemput singgah...
Blog saya:
http://kausar-kreatif.blogspot.com
warong kopi saya:
http://groups.google.com/group/kausarkreatif/web
***********************************

alifstyle said...

Tahniah Celik Huruf!
Saya ada juga pada malam itu, sudah lama tak makan sotong.... stotong malam itu sangat sedap.

TEruskan berblog! Oh ya, sajak Pyan Habib itu memang kelakar la! Hahaha

lepas ini joinlah Vlog pula.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

PenulisBebas yang 'bebas' terima kasih atas dorongan. Mungkin selepas ini saudara boleh ketatkan sedikit 'kebebasan' itu dengan menjadi penulis di bawah penerbitan kendalian saya. :) hehehe...

alifstyle - terima kasih, Vblog juga menguja. betul! akan diteroka juga nnti.

Duke Luce Dell'amore said...

Tahniah Mr.Roslan!

jim suke penulisan blog ni..mmg layak utk menang anugerah mlm td!

PenulisBebas said...

"PenulisBebas yang 'bebas' terima kasih atas dorongan. Mungkin selepas ini saudara boleh ketatkan sedikit 'kebebasan' itu dengan menjadi penulis di bawah penerbitan kendalian saya. :) hehehe..."
Kalau itu satu jemputan, saya sedang mendengar.. :D

Di mana boleh saya baca bait2 puitis pyan habib mlm tadi tu ye? komen2 yg didengar agak mengujakan...:)

NowBeer_cop said...

Dari segi penggunaan kata dan bahasa.....blog nih yang terbaik dan boleh jadi contoh kepada bloggers di yoyooh.com. Tahniah kepada encik celik huruf. teruskan mencatat di blog. dan saya seutju kalau encik juga cuba VBlog pulak. Tentu akan bnyak lagi prkara boleh share2.

bye.. CONGRAT|ULATION.. bro

[r][a][y] eusouff said...

Tahniah celik huruf !!

[r][a][y] eusouff
Founder

silbi abigail said...

tahniah.. meriah di ati majlis tu! mcm sajak suar dlm gak yoyooh.com ni. sarat dari dalam, sempoi di luar..

Salam Muhibbah

My Photo
Rozlan Mohamed Noor (RMN)
BMC, Selangor, Malaysia
Rozlan Mohamed Noor (Juga dikenal sebagai DAFINKA) , Editor UP&D (juga TINTARONA), berkelulusan Universiti Malaya dalam bidang Penerbitan. Kini menetap di pinggir Kuala Lumpur. Meminati bidang penulisan / kesenian/ kewartawanan / penerbitan buku. -- selamat berkongsi idea. Talian khas HOTBLOG +6017-3476553
View my complete profile

Mencari Sesuatu Di Sini...

Loading...

Kebenaran & Penafian

Tiada sebarang copyright eksklusif terhadap apa-apa bahan oleh saya sendiri di dalam laman blog ini. Mana-mana pihak yang ingin memetik dibenarkan berbuat demikian asalkan MENCATAT SUMBER DARIPADA http://www.celikhuruf.blogspot.com/ . Laman blog ini bersifat peribadi dan tidak sekali-kali bermotifkan keuntungan baik kepada diri sendiri mahupun mana-mana organisasi berkaitan dengan pemilik blog.