Petikan saya hari ini...

"Diskaun serendah itu agak memalukan industri kita kerana membeli buku sebagai orang awam sahaja pun kita layak mendapat diskaun lebih tinggi dari itu..."

- Keluhan pemain industri buku di KakiSakat

Friday, June 26, 2009

You're Not Alone...

TADI pagi sewaktu berehat-rehat di ruang tamu sambil bersarapan awal dengan laman FB dan BlogSpot suara dari televisyen mengkhabarkan berita saudara Michael Jackson telah mati. Mati yang sebenar-benar mati dan bukan lagi gimik atau dongeng yang dibuat-buat.

Lalu sepantas di hati berkira-kira apakah mahu sedekahkan al-fatihah atau sekadar sedekahkah keluhan 'owhh!!'. Dalam samar-samar ingatan sekitar dua tahun yang lalu saudara Michael Jackson yang tidak pernah singgah di laman blog CelikHuruf ini pernah dikatakan memeluk Islam. Disensasikan lagi dengan berita saudara Michael menukar namanya kepada Mikaeel.


Pernah diberitakan (secara melulu dan terburu) majlis saudara Michael memeluk Islam diadakan di rumah pemain keybord kumpulan Toto dan komposer muzik untuk album Thriller, Steve Porcaro, di daerah meriah-meriah di Bukit Hollywood ,Los Angeles.

Entah sehingga hari ini, tidak pula dapat saya sahkan keislaman saudara Michael itu. Dan di corong-corong radio hari ini tidak pula dibacakan al-fatihah untuk si mati. Yang berdendang hanya lagu-lagu nostalgia beliau.

Dari satu sisi, saya kira manusia yang 'lahir hitam, besar cerah' ini memang hebat. Luar biasa dan mencapai banyak perkara dalam hidup meskipun untuk semata 50 tahun hayatnya di planet bumi.
Dan juga jika matinya seorang manusia bernama Michael ini benar-benar dalam pelukan agama Islam. Syukurlah. Sekurang-kurangnya!




p/s: Dengan kematian saudara Michael ini, bukanlah erti sebenar kepada alasan untuk saya bercuti hari ini. TIDAK sama sekali. Dan pesan saya kepada si mati, "You're a not alone".

3 komentar:

SIS said...

salam tn..."You're not alone" (termasuklah kita )..walaupun kat dunia yang satu lagi...

Durbak said...

Sesiapa pun akan pergi sana. tak kira siapa...tak kira status.

maza said...

yeap ...

yet he never alone..
even walk alone...

never feel lonely..

coz in all the way to resurrection, he will be accompanied by angels.. at least two angel i.e. Mungkar & Nagkir.. huhuhu

Salam Muhibbah

My Photo
Rozlan Mohamed Noor (RMN)
BMC, Selangor, Malaysia
Rozlan Mohamed Noor (Juga dikenal sebagai DAFINKA) , Editor UP&D (juga TINTARONA), berkelulusan Universiti Malaya dalam bidang Penerbitan. Kini menetap di pinggir Kuala Lumpur. Meminati bidang penulisan / kesenian/ kewartawanan / penerbitan buku. -- selamat berkongsi idea. Talian khas HOTBLOG +6017-3476553
View my complete profile

Mencari Sesuatu Di Sini...

Loading...

Kebenaran & Penafian

Tiada sebarang copyright eksklusif terhadap apa-apa bahan oleh saya sendiri di dalam laman blog ini. Mana-mana pihak yang ingin memetik dibenarkan berbuat demikian asalkan MENCATAT SUMBER DARIPADA http://www.celikhuruf.blogspot.com/ . Laman blog ini bersifat peribadi dan tidak sekali-kali bermotifkan keuntungan baik kepada diri sendiri mahupun mana-mana organisasi berkaitan dengan pemilik blog.