HARI ini saya hanya mahu berehat. Melepas lelah dan mengumpul kembali tenaga. Kurang lebih
seminggu kesihatan seakan mengusik dan menganggu. Tetapi terpaksa ditahan dan diempang. Mahu melangsaikan beberapa tanggungjawab terlebih dahulu.
seminggu kesihatan seakan mengusik dan menganggu. Tetapi terpaksa ditahan dan diempang. Mahu melangsaikan beberapa tanggungjawab terlebih dahulu.Semalam berakhir sudah program Utusan Sukma: Sepagi Bersastera. Program di tiga daerah Negeri Sembilan itu bukan sahaja membawa saya dan sahabat-sahabat menjelajah tiga daerah di Negeri Sembilan tetapi mengutip pelbagai rencah pengalaman yang sungguh menguja.
Kadang-kadang tika begini terngiang-ngiang kenangan semasa di kampus sewaktu berprogram 'siswa masuk kampung' atau ada juga yang menyebut sebagai 'khidmat siswa'. Memang menyeronokkan!
Saya kira program semalam di SMK Dato' Klana Putra, Lenggeng merupakan yang paling berjaya dalam program kali ini. Dengan sambutan pelajar dan guru yang amat mengalakkan serta turut mendapat liputan meluas akhbar dan pihak media elektronik (terima kasih Astro Awani).

(Wajah Bapak SN yang dirakam oleh BAYAN dari daerah PSITTACULA. >>)
Orang yang paling bahagia saya kira tentunya Puan Pengetua SMK Dato' Klana Putra, Lenggeng Puan Soleha dan juga ahli jawatankuasa yang lain. Saya lihat wajah Dr. Rosni (PPD) yang ceria, wajah Encik Shaharudin dari JPNS yang meriah seperti mendapat menantu. Demikian juga wakil Utusan Dr.Ahmad Hairi yang kelihatan puas dengan program ini. Dan saya juga tidak kurang berbahagia kerana peluang untuk bersama Dato SN (Dr.) A. Samad Said dan isteri.





7 komentar:
Tahniah
Aarghh, cemburunya tidak dapat ke Lenggeng.
Pok Li - terima kasih.
bayan - Alam 1:1.4 tentu lebih menguja!
elok berkawan dengan org Ilmuwan gitew
Sekadar mahu mengambil wangi dengan si penjual minyak atar... hehehe
Satu hari eloknya anda bukukan pengalaman anda ini. Saya akan beli...book terus. hehehe...
huhuhu... MatKilat, baru senaskhah ni! Yang lain2 terus saja membaca di blog. Percuma saja!
Post a Comment