Petikan saya hari ini...

"Diskaun serendah itu agak memalukan industri kita kerana membeli buku sebagai orang awam sahaja pun kita layak mendapat diskaun lebih tinggi dari itu..."

- Keluhan pemain industri buku di KakiSakat

Monday, June 29, 2009

Kompas Personaliti

DARI malam 19 Jun yang lalu, malam majlis Hadiah Sastera Kumpulan Utusan saya sudah memperoleh buku ini di tangan saya. Janji sahabat yang mahu meminjamkan dan dibawa pada malam itu. 'The Personality Compass: a new way to understand people,' oleh Diane Turner & Thelma Greco.

Pada mulanya saya tertarik dengan ulasan bersahaja daripada sahabat saya saudara AZLI SHAH tentang pengetahuannya meramal dan menngelompokkan individu. Saya teruja, tertarik dan terhibur sesekali dengan fakta-fakta yang dihamparkan. Lalu, didedahkan bahawa hamparan tahu itu datangnya dari buku bersaiz kompak dan berulit keras ini. Saya menyampaikan hasrat untuk meminjam.
Tetapi, ini kisahnya. Sejak malam 19 Jun 2009 sehinggalah usai program wacana sastera saya di daerah-daerah di Negeri Sembilan yang lalu buku ini tidak sempat dimesrai. Malah, sesekali hanya sempat mencuit dan mencubit isinya. Untuk menghadam faham jauh sekali.

Buku ini sebetulnya sudah sepuluh tahun berada dalam lingkaran pasaran seluruh dunia. Maka tidak mustahil juga ada kalangan kita yang sudah pernah membacanya. Atau, mengutip tafsiran saranan penulisnya sebagai panduan mengenal kawan atau lawan.
(Juga dikaitkan bahawa personaliti diwarisi dari gen dalam data-data biologi dan DNA. Mungkin ketika anak-anak kecil ini membesar mereka turut diwariskan gen personaliti yang tidak terkesan oleh asuhan keluarga, atau persekitaran. >>)
Buku ini memberikan gambaran personaliti berdasarkan kajian-kajian silam juga pengemukaan teori-teori perlakuan manusia. Malah, ada juga tulisannya menguliti ilmu-ilmu sains yang tersari dalam bekas falsafah.

Catatan-catatan tokoh falsafah dunia, orang-orang tersohor dunia malah orang-orang popular turut dijadikan subjek kajian mereka. Menyandarkan mereka pada bukti karektor-karektornya.

Jadi setelah saya gelintar keseluruhan isi buku ini, terhampar saranan bahawa buku ini mahu menemukan profil-profil personaliti yang tepat dan cocok dengan diri seseorang (diri sendiri, sahabat, pasangan, keluarga, dsb). Tetapi kalau mengkiblatkan 'kitab' ini sebagai panduan mutlak, jaga-jaga. JANGAN SAMPAI TERPESONG ya!
Apa yang mungkin boleh kita temui lewat kajian di dalam buku ini ialah apakah yang menampakkan diri kita tertonjol kelainannya, juga apakah kenaturalan yang kita miliki. Juga, melestarikan hubungan dengan pihak lain, mencocokkan personaliti diri sendiri / orang lain dengan sesuatu perkara atau keadaan. Misalnya pekerjaan.
Dan, saya masih perlu membaca lagi buku ini. Ada sesetengah bahagian agak sukar difahami. Seperti membaca sambil melakukan lakaran peta minda untuk pemahaman.

Walau apapun terima kasih sahabat saya saduara AZLI SHAH. Beliau seorang yang bukan biasa dalam kalangan orang biasa-biasa...saya kira.


p/s: Harap dapat lanjutkan tempoh meminjam yer..sedara! hehehe...

13 komentar:

Nek Cun said...

Cara pemikiran boleh berubah mengikut cara pembelajaran dan alam sekeliling. Tetapi sikap dan keperibadian banyak dituntun oleh perasaan yang dibawa sejak dari dalam perut ibu dan ianya akan lebih terserlah sekiranya tidak dapat di kawal oleh pemikiran yang waras dan rasional.

Seseorang itu mungkin boleh sesuai/serasi dalam satu-satu kumpulan kelompok manusia bersandarkan tahap pemikiran, tetapi keperibadian sebenar seseorang tetap masih unik antara satu dengan yang lain...

Hanya sekadar pendapat peribadi melalui pengamatan hidup bermasyarakt!...

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Setuju...

Dan, seorang penulis memang patut memahami dan mendalami psikologi manusia di sekelilingnya. Juga memahami watak ciptaannya juga.

bayan said...

Berkaitan dengan gen dan faktor biologi - suatu pagi semasa memandu saya mendengar kuliah agama melalui radio KL FM. Katanya sifat pelupa kita warisi dari Nabi Adam a.s manakala sifat cemburu diwarisi daripada Nabi Daud a.s. Ada ceritanya. Wallahu a'lam.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Emmm .. terima kasih berkongsi. Itulah bahagianya bila laman rumah disinggah si bayan. Pasti meninggalkan jejak berhemah, bersantun dengan seni.

Dahlian said...

Ada dlm bhs melayu tak buku ini? mcm bagus juga nih.

Dahlia

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Tak pasti, tapi buku2 jenis ini sudah banyak di kedai2 buku kita. cuma kena rajin2 bersantai di kedai buku.

SIS said...

salam tn..dekati wanita nescaya anda akan dapat sebagaimana apa yang ada dlm fikiran anda... terbuktikah kata2 Lawrence Durrell?

SIS said...

meminjam kata2 Pn Intan Rohaida di blog hatiwanita.wordpress.com..
'kita tidak mampu memberi jika tidak dapat merasa..org yang tidak merasakan kebahagiaan mana mungkin akan memberi kebahagiaan.. kebahagiaan hanya bertapak pd jiwa yang tenang, hati yg bersih dan diri yg positif'..

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

SIS - berfalsafah dan berseni. harus jadi seorang penulis terhangat...terhebat juga.

Anonymous said...

huhu..banglaN dah mula tilik-tilik personaliti ni..bahaya buat saya...lariiii..

(berlari-lari anak..alang-alang joging terus)

p/s:jangan terpedaya pada pandangan luaran tapi mata tu kena la juga ditundukkan pandangan...:P

mo...

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Monei - Hahahaa.. mana mau lari. banglaN kejar dengan peluru-peluru personaliti. DAH!!! pi blajar..pi blajar. nakal nih...

Acinetobaxter said...

waduh...nama ku di sebut-sebut di sini...dua kali pulak tu...gunakan buku itu untuk mengenal sifat diri, lalu diteruskan kepada siapa diri lalu disampaikan kepada tujuan diri...bila sudah kenal, mudah-mudahan bisa jatuh cinta sama yang empunya diri...tidak ada sesiapa yg mempunyai dirinya sendiri...dan aku hanya insan biasa, yg masih kurang harga diri...pakailah buku itu sehingga faham dan guna pakailah ilmu itu untuk kebaikan...itu semua bukan aku yang punya...!!!

Anonymous said...

ceh..letak mo... pun banglaN dapat kesan.. terer betul..

ya..banglaN macam dapat baca, setiap titik ada maksudnya..

nak pi belajar la ni.. (Bukan sengaja nak nakal-nakal ni..)

M for Miss the World.haha beza tu..

Salam Muhibbah

My Photo
Rozlan Mohamed Noor (RMN)
BMC, Selangor, Malaysia
Rozlan Mohamed Noor (Juga dikenal sebagai DAFINKA) , Editor UP&D (juga TINTARONA), berkelulusan Universiti Malaya dalam bidang Penerbitan. Kini menetap di pinggir Kuala Lumpur. Meminati bidang penulisan / kesenian/ kewartawanan / penerbitan buku. -- selamat berkongsi idea. Talian khas HOTBLOG +6017-3476553
View my complete profile

Mencari Sesuatu Di Sini...

Loading...

Kebenaran & Penafian

Tiada sebarang copyright eksklusif terhadap apa-apa bahan oleh saya sendiri di dalam laman blog ini. Mana-mana pihak yang ingin memetik dibenarkan berbuat demikian asalkan MENCATAT SUMBER DARIPADA http://www.celikhuruf.blogspot.com/ . Laman blog ini bersifat peribadi dan tidak sekali-kali bermotifkan keuntungan baik kepada diri sendiri mahupun mana-mana organisasi berkaitan dengan pemilik blog.