Petikan saya hari ini...

"Diskaun serendah itu agak memalukan industri kita kerana membeli buku sebagai orang awam sahaja pun kita layak mendapat diskaun lebih tinggi dari itu..."

- Keluhan pemain industri buku di KakiSakat

Sunday, June 28, 2009

Ibu Seorang Penipu

Catatan ini terlalu peribadi. Seorang ibu selalu saja menipu. Penipuan itu akhirnya meracun hati, meninggalkan sesal dalam diri ini. Dan... ibu itu adalah ibu kita-kita juga.

Ibu saya seorang penipu. Ketika masih anak-anak sebaik pulang dari sekolah sedikit lewat petang saya akan gegas-gegas ke dapur membuka tudung saji. Masih ada makanan bersisa. Bila ditanya, "Mak sudah makan," Mak kata sudah. Dan saya akan melahap seenaknya. Menjilat-jilat jari kadang-kadang.

Tapi di belakang kita, dia akan menyusup ke dapur mencari makanan yang masih bersisa. Kenapa ibu tidak beritahu yang ibu masih belum makan. Siapapun tidak tahu apa yang saya rasa ketika mengintai ibu dari celah dinding yang sudah merekah.

Juga, kalau saya minta wang mau beli jajan atau sekurang-kurangnya sekotak Ding Dang (dengan mainan kipas putar-putar di dalamnya) ibu kasi lima puluh sen. Tapi ibu juga ke kedai sama menukar daun pisang untuk garam dan asam gelugor!

Ibu pernah kata, "Kalau mahu belajar sampai Universiti, mak akan biaya yuran mula dan duit poket," Bermakna ibu ada wang, saya fikir. Tapi bila pulang ke kampung, tanah atas nama emak sudah bertukar ejaan dan perkataan. Mak tipu lagi!

Dan...kali ini, hanya beberapa minggu yang sudah saya menelefon. Kata ibu semua di kampung sihat-sihat belaka. Tapi bila anak saudara khabarkan ibu sebenarnya tidak sihat dan agak sudah lama, kenapa ibu bereaksi segar dan ceria di corong telefon!

AMPUNKAN ANAKMU INI IBU... :(

12 komentar:

AmerHmzah said...

Sdr RMN;
Tiba-tiba saja anda bermain dengan emosi dan kenangan. Saya agak tersentuh kerana catatan tentang ibu tidak cukup untuk ditulis walau dikumpul semua kertas di muka bumi ini. Begitulah caranya menjadi seorang ibu. Mungkin sdr sedang merinduinya. Ambil cuti dan balik kampung!

typeace said...

Catatan ini benar-benar mengusik jiwa yang sudah hampir dua tahun tidak berkucupan dengan ibu tersayang.

Perantauan kerana menuntut ilmu amat memberi kesan yang bermakna.

Yang Jauh.
Kaherah

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Cikgu - Seperti sedang menakung air di tubir mata.

Syafiq - bawa pulang kejayaan, hadiah pada ibu. itu hadiah terbesar.

wardah munirah said...

Assalamualaikum,
Itulah yang bernama IBU. Sepahit mana pun kesengsaraann yang dihapai, IBU tidak akan membiarkan permata hatinya menaruh bimbang sekiranya keperitan IBU dibongkarnya.

SIS said...

salam tn..sbb itu syurga dibawah tapak kaki ibu bg seorang anak...kalau kita teringatkan ibu..bermakna ibu tengah merindui kita..betul kata saudara Amerhamzah..pulang la jumpa ibu...beruntung kita masih punya ibu..terharu bila anak lelaki saya yang br berumur 4 tahun berkata.."Amin nak jaga mama".. saya tanya "kenapa nak jaga mama"..si anak jawap ".."nantikan org jahat curi mama!!"..terharunya hati ini...

Indrasakty said...

Semoga diberi kekuatan untuk membahagiakan ibu selama masih ada waktu, insyaAllah.

MKriza said...

Berbaktilah semasa mereka masih ada.
Kadang-kadang kita terlupa.
Saat kita bergelak ketawa. Mereka bagaimana? Sedihkah? Gembira jugakah?
Saat kita menikmati enaknya makanan.
bagaimana mereka? Sudah makankah?

Sham al-Johori said...

Tuan RMN, Baliklah kampupng tu segera. Buah durian pun tengah lebat gugur. Paling tidakpun dapat makan durian free.

nanti apabila anak-anak kita dah besar panjang, kitapun akan menjadi seorang penipu kepada anak-anak kita juga. Masa akan menentukannya.

dunia bulat yang tidak akan berhenti berputar.

Hehehe

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Wardah - yang menghadir rasa ngilu di hati.

SIS - Ya betul.

Indrasakty - Insya-Allah

MKriza - Selalu ingat, halangan atas kelemahan manusiawi, juga seperti racun duniawi yang menuba.

Tuan Sheikh - Betul. kita hanya mengulang dan mengulang.

chekdenoor said...

Salam,

Ibu dicoretan ini adalah sangat mulia.... inilah contoh ibu mithali..... tapi .... disepanjang sejarah perjalanan hidup ini..... chekdee telah merasa.... bukan semua ibu adalah semulia dia ..... hanya yang bernasib baik akan mempunyai dia..... tapi jika kita tidak bernasib baik...... jadikan kita seperti dia...agar anak-anak kita pula yang bernasib baik.

Noor Hissham Zakaria said...

Salam
ibuku jaga sama.
mengabaikan diri dan selalu mendahulukan anaknya.
dia selalu menangis, cukup bertuah kalau terserempak, sebabnya ibu selalu sorokkan sedihnya.
ibu selalu pening dan sakit,
sebabnya tidur tak pernah cukup.
membanting tulang mencari rezeki seawal sebelum subuh.
mengambil upah menjahit pakaian.
kalau aku berkuasa, akan ku letak ibu disisi, sambil berehat dan menumpukan ibadat. tapi aku sendiri insan lemah, mencari rezeki ala kadar. tapi percayalah, setiap bahagian rezeki akan kusimpan untukmu dikampung. biarpun tak banyak dan tak terbayar jasamu, tapi aku tak akan lupa. tekadku juga tak akan lupa pada hari-hari mendatang. sehingga kita dijemput Illahi.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

chekdeknor - namun ibu tetap seorang ibu.

Noor Hisham - sehingga hari ini rasanya tidak pernah cukup kita membalas apa yang telah ibu curahkan kepada kita.

Salam Muhibbah

My Photo
Rozlan Mohamed Noor (RMN)
BMC, Selangor, Malaysia
Rozlan Mohamed Noor (Juga dikenal sebagai DAFINKA) , Editor UP&D (juga TINTARONA), berkelulusan Universiti Malaya dalam bidang Penerbitan. Kini menetap di pinggir Kuala Lumpur. Meminati bidang penulisan / kesenian/ kewartawanan / penerbitan buku. -- selamat berkongsi idea. Talian khas HOTBLOG +6017-3476553
View my complete profile

Mencari Sesuatu Di Sini...

Loading...

Kebenaran & Penafian

Tiada sebarang copyright eksklusif terhadap apa-apa bahan oleh saya sendiri di dalam laman blog ini. Mana-mana pihak yang ingin memetik dibenarkan berbuat demikian asalkan MENCATAT SUMBER DARIPADA http://www.celikhuruf.blogspot.com/ . Laman blog ini bersifat peribadi dan tidak sekali-kali bermotifkan keuntungan baik kepada diri sendiri mahupun mana-mana organisasi berkaitan dengan pemilik blog.