Petikan saya hari ini...

"Diskaun serendah itu agak memalukan industri kita kerana membeli buku sebagai orang awam sahaja pun kita layak mendapat diskaun lebih tinggi dari itu..."

- Keluhan pemain industri buku di KakiSakat

Thursday, June 25, 2009

Hobi atau Kesukaan

DARI hari pertama, secara tiba-tiba Pak Samad bertanya akan hobi saya. Mungkin hairan melihat saya bertingkah gendang di teratak Kak Azah Aziz, juga melihat saya seperti sesekali mengumpul catatan di buku nota kecil, atau boleh jadi hairan dengan gelagat anak muda yang mewah tenaga seperti saya ini.

Pertama ketika kami sama-sama menuju ke Kuala Klawang saya beritahu saya seorang yang suka mencatat. Menulis pada ruang-ruang yang terlintas. Baik di blog, ruang-ruang akhbar atau majalah atau boleh jadi di kertas-kertas kecil di celah poket.

Saya kemudiannya dilimpahi linkaran arah, petua dan panduan. Juga yang paling bernilai apabila Pak Samad sendiri memewahkan saya dengan pengalamannya yang berharga sepanjang perjalanan saya ke Kuala Klawang. Sebaik gear kereta diletak pada posisi D, alat perakam juga berada pada posisi ON. Tiada niat yang tersembunyi sebenarnya. Saya cuma khuatir segala limpahan kemewahan yang dicurahkan kepada saya tercicir dan bertaburan sebelum sempat dilabur dalam bursa hidup saya.

Kemudian hari ini, sekali lagi beliau bertanya apakah hobi saya sebenarnya. Saya turut suka berkongsi dengan Pak Samad yang saya juga seorang 'penunggang kuda' yang ghairah. Yang sesekali gemar melonjakkan adrelina pada kelajuan. Juga memberi ruang kepada diri sendiri mencari kawan, bersosial dan beraktiviti mengikut cara saya sendiri.

Selepas ini kalau Pak Samad bersua lagi dengan saya dan bertanya soalan yang sama, maka saya harus faham bahawa saya agaknya belum ketemu hobi sebenar diri saya. Atau sehingga Pak Samad berpuas hati bahawa hobi saya yang seterusnya. Ya, saya kira untuk soalan yang sama pada ketika yang lain tidak mustahil saya akan bercerita tentang hobi saya yang lain pula.

p/s: Peranti GPS kata Pak Samad adalah sahabat baru yang patut saya kenali. Boleh buat teman berjalan-jalan! Hahaha.. maaf Pak Samad, sudah dua tiga kali tersesat jalan.

7 komentar:

maza said...

walaupun diletakkan sesunggut semut sekalipun di kereta, belum tahu lagi selesai masalah sesat jalan itew..

wakakakka

typeace said...

Abang Lan rakam perbualan dengan Pak Samad? Seronoknya....

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Maza - nak survey gak lah alat itu. Amat membantu.

Syafiq - sayang kalau terlepas yang baik2.

Pok Li said...

Perjalanan yang menarik

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

pokli - juga terisi bnyak pengalaman.

Anonymous said...

glob banyak je jual kat kedai,,GPS paling lengkap..hihi...

mengorat boleh tak jadi hobi? saja tanya..

banglaN..banglaN masih muda, kita kan hampir sebaya... nanti-nanti buatlah hobi membela janggut pulak, kot2 seiras pak Samad...

kongsi satu ayat ye,
memang seronok kalau dapat buat perkara yang kita suka, tetapi sangatlah baik kalau kita menyukai apa yang kita buat..yang baik-baik sahaja pastinya... tak semua orang boleh buat.. tapi kalau memang boleh buat, memang satu rahmat.=)

mo...

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

monei - memang NAKAL!

Salam Muhibbah

My Photo
Rozlan Mohamed Noor (RMN)
BMC, Selangor, Malaysia
Rozlan Mohamed Noor (Juga dikenal sebagai DAFINKA) , Editor UP&D (juga TINTARONA), berkelulusan Universiti Malaya dalam bidang Penerbitan. Kini menetap di pinggir Kuala Lumpur. Meminati bidang penulisan / kesenian/ kewartawanan / penerbitan buku. -- selamat berkongsi idea. Talian khas HOTBLOG +6017-3476553
View my complete profile

Mencari Sesuatu Di Sini...

Loading...

Kebenaran & Penafian

Tiada sebarang copyright eksklusif terhadap apa-apa bahan oleh saya sendiri di dalam laman blog ini. Mana-mana pihak yang ingin memetik dibenarkan berbuat demikian asalkan MENCATAT SUMBER DARIPADA http://www.celikhuruf.blogspot.com/ . Laman blog ini bersifat peribadi dan tidak sekali-kali bermotifkan keuntungan baik kepada diri sendiri mahupun mana-mana organisasi berkaitan dengan pemilik blog.