KELAB PENCINTA BUKU : Gagasan Hayalan Yang Boleh Menjadi Nyata
SALAM karya, saya tertarik untuk memperkatakan tentang satu saranan oleh sahabat jauh ( Kak OD dari Australia ) lewat e-mel saya beberapa hari yang lepas. Ada baiknya jika kita mampu berkongsi pandangan dengan sahabat-sahabat yang lain.
Beliau memberi respon yang serius dan berisi berkenaan idea perbincangan spontan tidak lama dulu. Berkenaan mewujudkan sebuah persatuan ( atau yang seumpamanya ). Pada asalnya saya sekadar melontarkan idea.
Idea persatuan seumpama itu merupakan satu idea yang baik dan bermanfaat. Apatah lagi kalau dapat dirangka satu dasar persatuan yang boleh memenangkan kedua-dua pihak ( pihak ahli dan penerbit ). Tetapi seperti selalunya kita akan menghadapi kekurangan pakar-pakar dan penggerak yang berwibawa. Mungkin idea itu merupakan satu gagasan yang agak besar. Baik kiranya dimulakan dengan pertubuhan Kelab sahaja, sekadar cadangan.
Untuk makluman, suatu ketika dahulu ( sebelum saya di Utusan), telah wujud apa yg dinamakan KBU atau Kelab Buku Utusan. Ketika itu zaman Encik Zainudin Maidin (dato'), sebelum beliau ke kementerian. Namun, daya tahannya agak lemah dan tiada usaha-usaha untuk menyemarakkannya sehingga sekarang.
Sekali lagi, tenaga penggerak yang sukar dicari. Pada masa yang sama, boleh jadi apabila seseorang ketua bertukar maka idea-idea lama tidak diteruskan. Akhirnya KBU terkubur begitu sahja. Matlamat dan manfaatnya juga semakin kabur dan tersasar. Yang tinggal hanya signboard yg masih terlekat di Galeri Buku Utusan di pejabat ini.
Saya pernah cuba mengusulkan kepada pihak pengurusan, dan hal yg sama ... kesukaran untuk mendapatkan penggerak. Saya secara peribadi berpandangan banyak manfaat akan diperoleh andai sebuah Kelab Pembaca diwujudkan. Selain pihak penerbit dapat mengumpul pangkalan data pembaca, peminat buku (ahli) juga mungkin akan memperoleh keistimewaan dari segi diskaun, dan maklumat judul-judul baharu. Selain, program-program perbukuan dapat disemarakkan.
Berbahagia sekali andainya penggiat-penggiat yang aktif sentiasa ada dan menyokong idea-idea sebegini. Bolehkah kita mengumpul mereka yang berfikiran dan berhasrat begini. Andai ada, mungkin idea ini boleh dikembangkan...dan akan menjadi lebih positif.
Kita sebaiknya terus sama-sama melontarkan idea yang baik dan bermanfaat. Semoga cetusan yang kecil mampu membawa sesuatu yang besar dan bermanfaat.
p/s: Saya mengalu-alukan pandangan lain yang boleh menggerakkan idea ini menjadi kenyataan.






0 komentar:
Post a Comment